Tarikh: Sabtu, 13 Disember 2025
Masa: 9.30 pagi – 1.00 petang
Platform: Google Meet
Anjuran: Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA) & Akademi Latihan & Perundingan PEKA

Bengkel ini memberikan pendedahan menyeluruh — teori dan latihan praktikal — kepada pendekatan Narrative Therapy, salah satu bentuk terapi postmodern yang diasaskan oleh Michael White dan David Epston. Terapi ini berasaskan kepercayaan bahawa individu bukan masalah, tetapi masalah merupakan entiti yang berasingan daripada diri individu. Dengan memisahkan diri daripada masalah, seseorang dapat memperoleh kembali kuasa untuk membina semula naratif hidupnya.
Pendekatan ini sangat sesuai digunakan dalam kaunseling trauma, isu identiti, harga diri rendah, kaunseling remaja, serta konteks keluarga dan komuniti. Bengkel ini turut membantu kaunselor, psikologis, serta helper membina kemahiran naratif yang peka, empatik, dan kreatif ketika membantu klien menulis semula kisah kehidupan mereka.
Peserta akan mempelajari teknik utama dalam Narrative Therapy, termasuk:
• Memisahkan masalah daripada identiti diri.
• Membantu klien melihat bahawa mereka bukanlah masalah.
• Menulis semula kisah hidup dengan fokus kepada kekuatan, pilihan, dan kemungkinan baharu.
• Mengubah naratif “tidak berdaya” kepada “bermakna dan berkuasa”.
• Menyorot detik, kekuatan, atau kejayaan kecil yang pernah wujud tetapi terpinggir daripada cerita hidup seseorang.
• Membuka semula ruang untuk memahami bagaimana naratif yang menekan — seperti stigma sosial, kritikan keluarga, atau label identiti — terbentuk dan bagaimana ia boleh digantikan dengan naratif yang lebih sihat.
✔ Latihan praktikal secara langsung untuk membina kemahiran terapi naratif
✔ Sesuai untuk kaunselor sekolah, kaunselor komuniti, helper, pendidik, dan pekerja sosial
✔ Membantu meningkatkan kemahiran empati, mendengar aktif, serta teknik soalan reflektif
✔ Boleh diaplikasikan dalam kes trauma, hubungan keluarga, identiti diri, tingkah laku bermasalah, dan kerja komuniti
✔ Memberikan kefahaman mendalam tentang bagaimana cerita mempengaruhi kesejahteraan psikologi seseorang
• Kaunselor berdaftar / pelatih kaunseling
• Psikologis & pekerja sosial
• Guru bimbingan & kaunseling
• Mahasiswa psikologi/kaunseling
• Individu yang berminat mendalami pendekatan terapi moden
JOM DAFTAR SEKARANG JUGA
Buy Now